Skuad 69 PDRM Sarawak turut mendoakan keselamatan MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. |
Tuan Haji Arifin Hj Adenan, Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM turut hadir bersama-sama dengan Bujang Boji Sitam, Pemangku Setiausaha dan Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerja di dalam majlis tersebut.
Semasa menyampaikan ucapan pada akhir majlis itu, Tuan Haji Arifin Hj Adenan, Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak menyatakan Skuad 69 PDRM Sarawak turut bersedih dan berduka di atas insiden kehilangan pesawat MAS 777-200 #MH370 yang membawa 239 penumpang, termasuk 12 orang anak kapal yang menyertai penerbangan itu daripada KLIA menuju ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 lalu.
Menurutnya, walaupun usaha mencari pesawat sudah masuk hari yang ke-10, namun sehingga kini ia masih belum ditemui. Skuad 69 PDRM Sarawak terpanggil bersama-sama dengan seluruh rakyat negara ini mendoakan keselamatan para penumpang dan krew yang terbabit di dalam MH370 itu.
DSP (B) Haji Arifin Hj Adenan, Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM Swk sedang menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Nurul Khair, Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, Kuching. |
Menjamu selera selepas selesai majlis. Dari kanan: DSP (B) Haji Arifin Hj Adenan, Bujang Boji Sitam dan kiri sekali Abdul Rahman Hashim (Setiausaha Kerja) |
Berdoa untuk MH370 |
Membaca surah Yasin untuk keselamatan MH370. |
Di antara jemaah muslimah yang turut hadir. |
Dari Kiri - Bujang Boji Sitam (Pemangku SU), Imam Masjid dan DSP (B) Hj Arifin Adenan, berbaju Melayu hijau. |