Tuesday, March 18, 2014

SKUAD 69 PDRM SARAWAK TURUT BERDUKA DAN BERDOA KESELAMATAN MH370

Oleh Abdul Rahman Hashim.
Skuad 69 PDRM Sarawak turut mendoakan keselamatan MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 bersama
239 penumpang termasuk 12 anak kapal yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kuching, 17 Mac 2014: Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak menganjurkan majlis membaca Yasin dan Solat Hajat bersama-sama dengan komuniti Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, di Masjid Nurul Khair di kampung berkenaan. Lebih 100 orang jemaah menyertainya. 

Tuan Haji Arifin Hj Adenan, Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM turut hadir bersama-sama dengan Bujang Boji Sitam, Pemangku Setiausaha dan Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerja di dalam majlis tersebut

Semasa menyampaikan ucapan pada akhir majlis itu, Tuan Haji Arifin Hj Adenan, Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak menyatakan Skuad 69 PDRM Sarawak turut bersedih dan berduka di atas insiden kehilangan pesawat MAS 777-200 #MH370 yang membawa 239 penumpang, termasuk 12 orang anak kapal yang menyertai penerbangan itu daripada KLIA menuju ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 lalu. 

Menurutnya, walaupun usaha mencari pesawat sudah masuk hari yang ke-10, namun sehingga kini ia masih belum ditemui. Skuad 69 PDRM Sarawak terpanggil bersama-sama dengan seluruh rakyat negara ini mendoakan keselamatan para penumpang dan krew yang terbabit di dalam MH370 itu.
Memulakan Solat Hajat bersama para jemaah Masjid Nurul Khair
Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, Kuching.

(Tuan DSP (B) Hj Arifin Hj Adenan, Timbalan Presiden Skuad 69 berbaju
Melayu hijau. Sementara Bujang Boji Sitam, Pemangku Setiausaha
Skuad 69 PDRM Sarawak, dua dari kanan)
DSP (B) Haji Arifin Hj Adenan, Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM Swk
sedang menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Nurul Khair,
Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, Kuching.
Menjamu selera selepas selesai majlis.
Dari kanan: DSP (B) Haji Arifin Hj Adenan, Bujang Boji Sitam dan
kiri sekali Abdul Rahman Hashim (Setiausaha Kerja)

Berdoa untuk MH370

Membaca surah Yasin untuk keselamatan MH370.

Di antara jemaah muslimah yang turut hadir.

Dari Kiri - Bujang Boji Sitam (Pemangku SU), Imam Masjid dan
DSP (B) Hj Arifin Adenan, berbaju Melayu hijau.