

Kiri - DSP (B) Haji Muhamad Yusof Isa, mengetuai Persatuan ini di Sarawak dan juga Pengerusi Penaja Skuad 69 PDRM Sabah Sabah. Kanan - Beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn semasa berada di Sibu.



Dari Kiri - Logo Skuad 69 PDRM Sarawak (2006), Logo Skuad 69 PDRM Malaysia (2007) dan Logo Skuad 69 PDRM Sabah (2011)

Aktiviti Skuad 69 PDRM. Foto kiri - Skuad 69 PDRM Malaysia, Foto Kanan - Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak semasa menyertai perbarisan Hari Jadi TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Sabah yang diluluskankan pendaftarannya baru-baru ini ditubuhkan semata-mata untuk menjaga kebajikan bekas-bekas anggota polis yang pernah berkhidmat dalam PDRM pada tahun 1969. Keseluruhan anggota Skuad 69 kini tidak lagi berada di dalam pasukan kerana semuanya telah menempuh era persaraan.Presiden Penaja Persatuan ini, DSP (B) Haji Muhamad Yusof Isa berkata demikian ketika mengulas lanjut kenyataannya di dalam Utusan Borneo Edisi Sabah bertarikh 17 Disember 2011 (Lihat keratan akhbar).

Manakala bekas-bekas anggota skuad ini yang berada dalam negeri-negeri di semenanjung, maka mereka berkenaan boleh menceburkan diri di dalam Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur.