Thursday, April 30, 2009

SKUAD 69 TURUT TERUJA KEPIMPINAN PERDANA DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK.

Dato' Sri Najib Tun Razak bukanlah Perdana Menteri Malaysia yang dijulang tanpa memiliki kekuatan yang telah diperkasakan. Najib yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-VI telah mewarisi keunggulan ayahandanya Almarhum Tun Razak yang telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-2.

Dato' Sri Najib Tun Razak kini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kian dibanggai oleh rakyat, kerana beliau telah meletakkan harapan untuk rakyat meyakininya sebagai pemimpin nombor satu negara yang bercita-cita besar untuk MENDAHULUKAN RAKYAT dalam mengejar PENCAPAIAN.

Konsep SATU MALAYSIA merupakan manifestasi kepemimpinannya untuk meletakkan hak kebersamaan bagi segala ras yang terdapat di negara ini. Malaysia yang dipimpinnya akan ditunjangi dengan sokongan akar umbi yang sedang diperkasakan olehnya.

Seharusnya rakyat menyambut dengan baik iltizam ini. Rakyat sewajarnya memberikan sokongan padu kepada pemimpin yang memiliki aura untuk mendahulukan rakyat dalam menggapai kejayaan.

Skuad 69 PDRM Sarawak tanpa ragu-ragu lagi untuk menyatakan sokongan padu kepada Dato' Sri Najib Tun Razak dan menyatakan tekad untuk mempertahankan apa saja unsur kebaikan yang digariskan oleh beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebagai bekas anggota pasukan keselamatan, Skuad 69 PDRM juga tidak akan tergamak untuk membiarkan kepimpinan perdananya dirosakkan oleh anasir-anasir yang tidak cintakan keamanan. Kita tidak mahu lagi negara ini mengulangi kegetiran yang pernah dilalui sewaktu menghadapi ancama pengganas komunis dan juga peristiwa hitam 13 Mei yang memeritkan itu.

Wednesday, April 29, 2009

ALFATIHAH BUAT LAILA TAIB DAN TAKZIAH KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK SEKELUARGA


Kenangan Manis - Laila & Taib


Kenangan - Laila Taib (Kanan) bersama suaminya Pehin Sri Taib Mahmud
dan anaknya Datuk Seri Sulaiman (Tengah)

Wanita Pertama Sarawak, Datuk Amar Puan Sri Hajah Dr. Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pulang ke rahmatullah di kediamannya di Demak Jaya, Kuching, jam 3.45 petang tadii(29 April 2009). Almarhumah, 68, meninggalkan empat orang anak, Jamilah, Mahmud, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 orag cucu.

Warga Skuad 69 PDRM Sarawak mengucapkan TAKZIAH kepada YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sekeluarga di atas pemergian LAILA TAIB ke rahmatullah. Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah itu adalah satu kehilangan besar kepada rakyat negeri Sarawak khasnya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....ALFATIHAH!