Friday, October 1, 2010

SKUAD 69 PDRM SARAWAK AKAN SERTAI PERBARISAN HARI JADI KE-89 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK TAHUN INI

Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak melintas hormat perbarisan
Sempena Hari Jadi TYT Ke-87/2008, di Stadium Negeri, Kuching.

Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak sekali lagi telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menghantar sepasukan kontinjen seramai 40 orang ke upacara istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi Ke-89 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada 16 Oktober 2010, bermula jam 7.00 pagi, di Bandaraya Kuching.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak, Tuan DSP (B) Haji Arifin Haji Adenan yang mengumumkannya selepas mengadakan mesyuarat khas ahli jawatankuasa persatuan ini pada 28 September yang lalu di Kuching.

Tuan DSP (B) Hj Arifin Hj Adenan (Kanan) mempengerusi mesyuarat khas
Skuad 69 PDRM Sarawak

Bergambar selepas mesyuarat

Tuan DSP (B) Haji Arifin Haji Adenan juga berkata bahawa Skuad 69 PDRM Sarawak tidak menjadi keberatan untuk mengambil bahagian di dalam perbarisan kali ini, kerana sememangnya semangat patriotik di kalangan ahli-ahli Skuad 69 begitu tinggi untuk menyertainya.

"Kami amat menghargai di atas undangan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang setiap tahun sejak 2007 lagi sentiasa menjemput kami untuk menghantar pasukan kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak, katanya

"Pada tahun 2007, Skuad 69 PDRM Sarawak telah menyertai perbarisan sempena Hari Kemerdekaan Ke-50 tahun di Bandaraya Miri, manakala pada tahun 2008 pula kami juga telah mengambil bahagian di dalam perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-51 di Stadium Negeri di Kuching, seterusnya mengambil bahagian di dalam perbarisan dan rapat raksasa sempena Hari Jadi TYT pada tahun berikutnya, juga di Padang Merdeka di Kuching," ujarnya lagi.

Foto Atas & Bawah - Mesyuarat khas AJK Kecil Perbarisan Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak.

Untuk upacara istiadat perbarisan dan rapat raksasa Hari Jadi Ke089 TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak tahun ini beliau mengharapkan ahli-ahli Skuad 69 di seluruh negeri ini supaya dapat turut serta mengambil bahagian di dalam kontinjen yang bakal dibentuk nanti.

Di dalam mesyuarat khas yang diadakan itu, Tuan ASP (B) Faizal Abdullah dan Peet Awi telah dilantik menjadi Ketua dan Timbalan Ketua Jurukawad, manakala Tuan DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak sendiri akan mengetuai pasukan kontinjen ini.