Wednesday, July 1, 2009

YUSOF DAN ARIFIN KEKAL JAWATAN PRESIDEN DAN
TIMBALAN PRESIDEN SKUAD 69 PDRM SARAWAK.

DSP (B) Muhamad Yusof Isa dan DSP (B) Haji Arifin Haji Adenan (Foto) telah berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Presiden dan juga Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Kedua-duanya telah menang tanpa bertanding setelah tidak ada calon-calon lain yang dinamakan oleh ahli-ahli yang hadir di dalam mesyuarat agung tahunan 2009 yang diadakan di New World Suites, di Bintulu pada 20 Jun lalu.

Kejayaan kedua-dua tokoh ini mengekalkan kedudukan masing-masing sememangnya telah dijangka kerana kedua-duanya merupakan gandingan mantap yang telah menjadikan persatuan ini lebih perkasa, disamping berjaya mengekalkan prestasi masing-masing, juga kedua-duanya telah menerima sokongan daripada semua ahli jawatankuasa selama mereka digandingkan sebelum ini.

Selain mereka, mesyuarat agung ini juga telah memilih 12 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Saili Sulaiman (Foto), Mohamad Haji Mos, Anthony Nyoel Ak Juken, Stanley Ak Manggi, Gasan Ak Gumbang, Haji Idris Dlek, Johari Keria, Nyail @ Petrus Persin Ak Jukin, Bernard Gasap Ak Tugang, Razali Mat Taha, Suhaimi Jais dan Jihip Ak Munjew. Sementara itu penyandang jawatan pemeriksa kira-kira yang lama Hassan Ali turut dikekalkan bagi jawatan itu untuk penggal yang berikutnya.

Bagi jawatan-jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan juga Bendahari pula mesyuarat agung telah memberikan mandat kepada Presiden untuk menamakannya. Namun begitu, Presiden belum lagi menamakan penyandang jawatan-jawatan tersebut, kerana beliau dijangka akan mengumumkannya di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa yang pertama yang akan diadakan dalam bulan Julai nanti.


PINDAAN UNDANG-UNDANG - SEMUA BEKAS
ANGGOTA POLIS BOLEH MENJADI AHLI SKUAD 69
PDRM SARAWAK.


Kini, semua bekas anggota polis yang berkhidmat di negeri Sarawak boleh menjadi ahli Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak. Usul pindaan kepada undang-undang persatuan ini yang dibawa oleh ASP (B) Mohd. Faisal Abdullah di dalam mesyuarat agung kali ini telah pun dibentangkan seterusnya mendapat kelulusan sebulat suara daripada ahli yang hadir.

Usul tersebut melibatkan Fasal 5.2 yang telah dipinda iaitu "Keahlian Skuad 69 ini juga boleh diterima di kalangan bekas-bekas anggota polis yang berkhidmat sebelum tahun 1969, dan juga di kalangan balu-balu serta anak-anak anggota polis sebagaimana perkara (1) di atas yang berumur 18 tahun ke atas lelaki atau perempuan, tetapi mereka ini tidak dibenarkan memegang jawatan-jawatan sebagaimana di dalam Fasal 10.1(a), (b) dan (f)."

Sebelum pindaan ini dibuat keahlian persatuan ini hanya membenarkan bekas-bekas anggota polis yang berkhidmat pada tahun 1969 dan tahun selepasnya sahaja yang layak memohon menjadi ahli.

Dengan kelulusan kepada pindaan yang dibuat ini akan membolehkan persatuan menambahkan lagi bilangan keahliannya untuk memperkasakan lagi organisasi