Saturday, July 18, 2009

ABD. RAHMAN, NELSON ANSANG, BUJANG BOJI DAN LIMA AJK TAMBAHAN DILANTIK MEMBARISI JAWATANKUASA SKUAD 69 PDRM SARAWAK 2009-2011


Kelihatan sebahagian daripada ahli jawatankuasa sedang mendengar ucapan Presiden
Skuad 69 PDRM Sarawak di dalam mesyuarat AJK yang pertama 17 Julai lalu.

Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak yang baru sahaja mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 20 Jun lalu, kini dibarisi oleh mereka yang benar-benar berkelayakan yang telah dipilih di dalam mesyuarat agung yang diadakan di Bintulu.

Di dalam perkembangan yang berkaitan juga, DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak telah mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa buat kali pertama bagi sesi 2009-2011 pada hari jumaat, 17 Julai lalu, di pejabat urusetia persatuan Setia, di Jalan Rubber, Kuching.

Di dalam mesyuarat itu, Presiden telah membuat pengumuman melantik Abdul Rahman Sedek Haji Alias sebagai Setiausaha yang baru menggantikan Kusin Simon. Bagi jawatan Bendahari pula, Presiden telah melantik Nelson Ansang Ak Majeng menggantikan Stanley Ak Manggi yang kini telah menduduki jawatan ahli jawatankuasa.

Bujang Boji Sitam (Foto Kiri) pula telah dilantik sebagai Pegawai Penerangan dan Perhubungan Awam iaitu satu jawatan baru yang diwujudkan yang bertaraf 'pegawai'. Sementara itu Abdul Rahman Hashim (Foto Kanan) telah dikekalkan jawatan eksekutifnya sebagai 'Setiausaha Kerja' yang disandangnya sejak tahun 2006.

Muhamad Yusof Isa juga telah melantik lima orang menduduki jawatan ahli jawatankuasa tambahan. Mereka berkenaan ialah Peet Awi, Sakai Ak Chulat, Mazlan Barham, Haji Wan Drahman Tku Mahsen, dan Fazarious Saili.

Bagi memperkasakan lagi pengurusan persatuan ini, presiden juga telah mengumumkan pembentukan enam biro yang ditugaskan untuk merangka kegiatan-kegiatan sepanjang tahun. Diantara biro-biro itu ialah:-

1. Biro Pengurusan dan Pentadbiran
Abdul Rahman Sedek Haji Alias
Abdul Rahman Hashim

2. Biro Penerangan, Perhubungan Awam dan Keahlian
DSP (B) Haji Arifin Haji Adenan
Bujang Boji Sitam
Mazlan Barham
Peet Awi

3. Biro Ekonomi
Saili Sulaiman
Nelson Ansang Ak Majeng

4. Biro Latihan dan Keselamatan
Anthony Nyoel Ak Juken
Razali Mat Taha
Johari Keria

5. Biro Kebajikan dan Sosial
Mohamad Haji Mos
Jihip Ak Munjew
Suhaimi Jais
Stanley Ak Manggi

6. Pelajaran & Agama
Haji Wan Drahman Tku Mahsen
Fazarious Saili
Haji Deris Olek



Friday, July 17, 2009

MESYUARAT JELAJAH AMAL KEAMANAN 1MALAYSIA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU, PADA 15 JULAI 2009.


Suasana di dalam mesyuarat Jelajah Amal Keamanan 1Malaysia yang diadakan di Hotel Paramount, Sibu pada 15 Julai lalu.

Mesyuarat mengenai program Jelajah Amal Keamanan 1Malaysia 69, Peringkat Bahagian Sibu telah diadakan pada 15 Julai lalu, di Hotel Paramount, Sibu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak telah dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan Kerajaan Peringkat Daerah Sibu, yang terdiri daripada:

1. Ishak Mahdan (Majlis Perbandaran Sibu)
2. Harlina Halim (Pejabat Residen Bahagian Sibu)
3. Mohamed Asri (Pejabat Daerah Sibu)
4. William (Jabatan Pelajaran Daerah Sibu)
5. Sani Bin Sulhi (Jabatan Penerangan Daerah Sibu)
6. Viviana Kiu (Wisma Sanyan)
7. Tony Hil (Wisma Sanyan)

Sementara itu wakil-wakil Skuad 69 PDRM Sarawak yang turut hadir di dalam mesyuarat ini ialah:-

1. Abdul Rahman Hashim
2. Saili Sulaiman
3. Affandi Ahmad
4. Ahmad Rashidi

Program Jelajah Amal Keamanan 1Malaysia Peringkat Bahagian Sibu telah ditetapkan tarikhnya iaitu pada 9, 10 dan 11 Oktober 2009. Semua Jabatan Daerah yang terbabit telah menyatakan sokongan dan juga persetujuan untuk menjayakan program ini.


Monday, July 13, 2009

SKUAD 69 SAHUT SERUAN PERDANA MENTERI UNTUK PERANGI JENAYAH DENGAN MENUBUHKAN KOR KESELAMATAN KOMUNITI 1MALAYSIA 69


Suasana di dalam mesyuarat kor keselamatan Komuniti 1Malaysia 69, di Hotel Regency Plaza, Bintulu pada 13 Julai 2009.

Seruan Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang mahukan agar semua lapisan rakyat memerangi jenayah telah disahut oleh Skuad 69 PDRM Sarawak dengan tertubuhnya Kor Keselamatan Komuniti 1Malaysia 69 di seluruh Sarawak, di mana Bahagian Bintulu telah menjadi daerah yang pertama yang bakal melaksanakannnya.

Di dalam mesyuarat pusingan pertama yang diadakan hari ini (13 Julai) semua Ahli Majlis Kor 69 Bahagian Bintulu (AMB) yang dipengerusikan oleh Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak sendiri, DSP (B) Muhamad Yusof Isa telah memperincikan beberapa perkara yang berkaitan dengan kor ini sebagai mengambil sempena slogan yang digagaskan oleh Perdana Menteri, sekaligus telah membuat keputusan untuk menamakan kor ini sebagai 'Kor Keselamatan Komuniti 1Malaysia 69, Bahagian Bintulu'.

Sebelum ini kor berkenaan disebut sebagai 'Kor Keselamatan Komuniti 69' tanpa menyebut perkatan 1MALAYSIA. Penambahan kepada perkataan 1MALAYSIA jelas memperlihatkan betapa Skuad 69 PDRM Sarawak sentiasa prihatin dengan memahami maksud yang tersurat dan yang tersirat daripada slogan cetusan Perdana Menteri itu, terutamanya dalam aspek perpaduan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang cintakan keamanan.

Mesyuarat yang diadakan hari ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang wakil jabatan kerajaan peringkat daerah Bintulu dan juga ketua-ketua kaum serta Pengerusi JKKK sekitar daerah Bintulu. Diantara wakil-wakil jabatan yang hadir adalah terdiri daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Belia dan Sukan dan juga Jabatan Pertahanan Awam.

Di dalam mesyuarat ini, Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Eksekutif Skuad 69 PDRM Sarawak telah memberikan taklimat dan juga membentangkan kertas modus operandi Kor Keselamatan Komuniti 1Malaysia 69 bagi Bahagian Bintulu.

Di dalam taklimat itu, beliau telah menggariskan tata cara yang akan diguna pakai bagi tujuan melaksanakannya di Bahagian Bintulu ini. Secara amnya, Kor ini merupakan sukarelawan komuniti yang bakal dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan muda, pelajar-pelajar sekolah, pemimpin-pemimpin pertubuhan masyarakat dan juga dari kalangan orang ramai yang berminat untuk menjadi anggota kor ini.

Di Bahagian Bintulu ini, orang ramai boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota kor dengan menghubungi Pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Kaum dan juga Tuai Rumah di rumah-rumah panjang. Sebuah Jawatankuasa di peringkat Bahagian Bintulu yang dinamakan sebagai AHLI MAJLIS KOR BAHAGIAN (MKB) akan dibentuk untuk menyelaraskan semua urusan yang berkaitan. Pejabat Residen Bahagian Bintulu bakal menjadi urusetia kepada Kor di peringkat Bahagian Bintulu.

Ahli Majlis Kor Bahagian Bintulu ini akan dilantik secara rasminya setelah mendapat lampu hijau daripada YB Datuk Haji Talib Zulpilip, ADUN Jepak yang juga sebagai Penaung Kor di Bahagian Bintulu.

Diharapkan kor ini akan berfungsi dengan aktifnya, terutamanya untuk menggalas tugas mewujudkan suasana aman dan harmoni tanpa jenayah di kalangan masyarakat di Bahagian Bintulu ini.

Friday, July 10, 2009

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA MAJLIS
KOR KESELAMATAN
KOMUNITI 69 DAERAH BINTULU


Hasrat untuk menubuhkan sebuah pasukan Kor Keselamatan Komuniti 69 Daerah Bintulu akan terlaksana dengan terbentuknya sebuah jawatankuasa yang dinamakan 'Ahli Majlis Kor Keselamatan Komuniti 69 Daerah Bintulu'.

(Foto: Ismawie Salleh, Timbalan Residen Bahagian Bintulu menerima cenderahati daripada DSP (B) Muhamad Yusof Isa (Kiri sekali), Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak)

Ahli majlis peringkat daerah Bintulu ini akan dianggotai oleh wakil-wakil daripada beberapa jabatan kerajaan peringkat daerah dan juga wakil-wakil pertubuhan masyarakat yang dilantik oleh Skuad 69 PDRM Sarawak.

Mesyuarat pertama Majlis Kor Keselamatan Komuniti 69 Daerah Bintulu ini akan diadakan pada hari Isnin, 13 Julai 2009, jam 2.30 petang, bertempat di Hotel Regency Plaza, di Bintulu. Mesyuarat ini akan dipengerusikan sendiri oleh Tuan DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak.

Beberapa Ketua Kaum dan juga Pengerusi JKKK sekitar daerah Bintulu telah dijemput menghadiri mesyuarat yang julung kali diadakan ini, seterusnya mereka akan dilantik untuk menduduki Ahli Majlis Kor yang berkenaan.

Diantara ketua-ketua kaum dan Pengerusi JKKK yang dijemput hadir ke mesyuarat tersebut ialah seperti berikut:-

1. Bolhassan Bin Haji Semot, Pengerusi JKK Kampung Sebuan Besar/Kecil
2. Bolhassan Bin Tapa, Pengerusi JKKK Kpg Jepak
3. Ali Bin Amat, Ketua Perhubungan RELA Jepak
4. Haji Zaini Bin Seli, Pengerusi JKKK
5. Rapae Haji Bahron, Pengerusi JKKK Kpg Kuala Segan
6. Bujang Abdullah @ Bujang Dolah, Pengerusi JKKK Kpg Sebiew
7. Haji Ibrahim Bin Edeni, Pengerusi JKKK RPR Kidurong
8. Raimi Bin Piee, Pem Ketua Kampung Penan Muslim Batu 10
9. Shamsudin Bin Napis, Pengerusi JKKK/Ketua Kaum
10.Raini Bin Peei, Pengerusi JKKK Kpg Kpg Baru Darat
11.Haji Zamahari Bin Ahmad, Pengerusi JKKK Kpg Baru Tengah

Sementara itu, wakil-wakil jabatan kerajaan peringkat daerah Bintulu yang dijemput menghadiri ke mesyuarat ini ialah seperti berikut:-
  1. Pejabat Residen Bahagian Bintulu
  2. Pejabat Pegawai Daerah Bintulu
  3. Bintulu Developtment Authority (BDA)
  4. Jabatan Pelajaran Daerah
  5. Jabatan Belia dan Sukan Daerah
  6. Jabatan Penerangan Daerah
  7. Jabatan Penyiaran Daerah
  8. Ikatan Relawan Rakyat (RELA)
  9. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Sarawak
  10. Jabatan Pertahanan Awam
  11. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  12. Pusat Perkhidmatan Wakil Rakyat Parlimen Bintulu
  13. Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jepak

Tuesday, July 7, 2009

KERATAN AKHBAR SEMPENA PROGRAM
JELAJAH AMAL KEAMANAN 1MALAYSIA
PERINGKAT DAERAH BINTULU
(19, 20 & 21 JUN 09)

ISU CHIN PENG
(PERHATIAN: SILA KLIK KERATAN AKHBAR UNTUK MEMBACANYA)


Kiri: Akhbar Utusan Sarawak, 21 Jun 2009 Kanan: Akhbar Eastern Times, 22 Jun 2009


Kiri: Akhbar Utusan Borneo. 21 Jun 2009 Kanan: Akhbar Utusan Sarawak, 20 Jun 2009.


MAJLIS PENGISAHAN BERSAMA KETUA MASYARAKAT BINTULU

Font size
Akhbar Utusan Sarawak, 20 Jun 2009. Lokasi di Balai Raya Assyakirin, Bintulu


MESYUARAT AGUNG 2009 & KOR KESELAMATAN KOMUNITI 69




Kiri: Liputan mesyuarat agung tahunan 2009 (Akhbar Sin Chew Daily, 21 Jun 09). Kanan: Utusan Borneo, 22 Jun 2009.



Wednesday, July 1, 2009

YUSOF DAN ARIFIN KEKAL JAWATAN PRESIDEN DAN
TIMBALAN PRESIDEN SKUAD 69 PDRM SARAWAK.

DSP (B) Muhamad Yusof Isa dan DSP (B) Haji Arifin Haji Adenan (Foto) telah berjaya mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Presiden dan juga Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Kedua-duanya telah menang tanpa bertanding setelah tidak ada calon-calon lain yang dinamakan oleh ahli-ahli yang hadir di dalam mesyuarat agung tahunan 2009 yang diadakan di New World Suites, di Bintulu pada 20 Jun lalu.

Kejayaan kedua-dua tokoh ini mengekalkan kedudukan masing-masing sememangnya telah dijangka kerana kedua-duanya merupakan gandingan mantap yang telah menjadikan persatuan ini lebih perkasa, disamping berjaya mengekalkan prestasi masing-masing, juga kedua-duanya telah menerima sokongan daripada semua ahli jawatankuasa selama mereka digandingkan sebelum ini.

Selain mereka, mesyuarat agung ini juga telah memilih 12 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Saili Sulaiman (Foto), Mohamad Haji Mos, Anthony Nyoel Ak Juken, Stanley Ak Manggi, Gasan Ak Gumbang, Haji Idris Dlek, Johari Keria, Nyail @ Petrus Persin Ak Jukin, Bernard Gasap Ak Tugang, Razali Mat Taha, Suhaimi Jais dan Jihip Ak Munjew. Sementara itu penyandang jawatan pemeriksa kira-kira yang lama Hassan Ali turut dikekalkan bagi jawatan itu untuk penggal yang berikutnya.

Bagi jawatan-jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan juga Bendahari pula mesyuarat agung telah memberikan mandat kepada Presiden untuk menamakannya. Namun begitu, Presiden belum lagi menamakan penyandang jawatan-jawatan tersebut, kerana beliau dijangka akan mengumumkannya di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa yang pertama yang akan diadakan dalam bulan Julai nanti.


PINDAAN UNDANG-UNDANG - SEMUA BEKAS
ANGGOTA POLIS BOLEH MENJADI AHLI SKUAD 69
PDRM SARAWAK.


Kini, semua bekas anggota polis yang berkhidmat di negeri Sarawak boleh menjadi ahli Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak. Usul pindaan kepada undang-undang persatuan ini yang dibawa oleh ASP (B) Mohd. Faisal Abdullah di dalam mesyuarat agung kali ini telah pun dibentangkan seterusnya mendapat kelulusan sebulat suara daripada ahli yang hadir.

Usul tersebut melibatkan Fasal 5.2 yang telah dipinda iaitu "Keahlian Skuad 69 ini juga boleh diterima di kalangan bekas-bekas anggota polis yang berkhidmat sebelum tahun 1969, dan juga di kalangan balu-balu serta anak-anak anggota polis sebagaimana perkara (1) di atas yang berumur 18 tahun ke atas lelaki atau perempuan, tetapi mereka ini tidak dibenarkan memegang jawatan-jawatan sebagaimana di dalam Fasal 10.1(a), (b) dan (f)."

Sebelum pindaan ini dibuat keahlian persatuan ini hanya membenarkan bekas-bekas anggota polis yang berkhidmat pada tahun 1969 dan tahun selepasnya sahaja yang layak memohon menjadi ahli.

Dengan kelulusan kepada pindaan yang dibuat ini akan membolehkan persatuan menambahkan lagi bilangan keahliannya untuk memperkasakan lagi organisasi