Thursday, October 14, 2010

RAPTAI PENUH PERBARISAN HARI JADI KE-89 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK PADA 14 OKTOBER 2010

Hari ini, 14 Oktober 2010 telah diadakan raptai penuh istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi Ke-89 TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Istiadat ini akan berlangsung pada hari Sabtu, 16 Oktober 2010 di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak.

Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak yang mengandungi 30 orang anggota begitu segak dengan pakaian seragamnya menyertai upacara perbarisan yang penuh gilang gemilang ini. Sila lihat foto-foto yang sempat dirakamkan di dalam raptai penuh yang berlangsung hari ini:-

Kontinjen ATM yang membawa bendera Malaysia dan bendera Sarawak
di dalam perbarisan Hari Jadi TYT Ke-89

Sebahagian anggota kontinjen Skuad 69 yang mengambil bahagian

SM (B) Nelson Ansang Ak Juken

ASP (B) Mohd. Faisal Abdullah

Suhaimi@Philip

Kpl (B) Mohamad Haji Mos

Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak melakukan lintas hormat di hadapan Merdeka Palace.

Mohamad Bin Haji Sebli

Kontinjen Skuad 69 siap menunggu arahan untuk berbaris.

Abd. Rahman Hashim, SUK Skuad 69 PDRM Sarawak

Zainab Majib dan Izam pembawa Pelakat Skuad 69 PDRM Sarawak

Panorama di Padang Merdeka, Kuching.

Apai Changak Ak Rabong (Duduk) dan anggota kontinjen yang lainnya
semasa
berehat

Wednesday, October 13, 2010

RAPTAI HARI KE-2 (13 OKTOBER, 2010)
PERBARISAN SEMPENA
HARI JADI KE-89 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Tuesday, October 12, 2010

RAPTAI HARI PERTAMA PERBARISAN HARI JADI KE-89 TYT
YANG DI-PERTUA NEGERI SERAWAK, SKUAD 69 BERADA DI PETAK NOMBOR 73

Sebahagian daripada Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak di dalam Raptai Hari Pertama
di Padang Merdeka pada 12 Oktober 2010.

Kelihatan Zainab (Hadapan), Mohamad Mos dan Johari Mawi.


Anggota Skuad 69 yang berada di dalam raptai hari pertama.
Dari kiri: Abi, Zainab, Izam dan Nelson


Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak merupakan satu-satunya pertubuhan daripada bekas anggota polis di negeri ini yang menyertai istiadat perbarisan dan rapat raksasa bersempena dengan sambutan Hari Jadi Ke-89 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang bakal berlangsung pada 16 Oktober ini.

Dalam siri raptai hari pertama yang diadakan hari ini 12 Oktober 2010, Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak telah diletakkan di dalam petak No. 73 daripada 89 kontinjen yang mengambil bahagian di Padang Merdeka, Kuching.

Pasukan Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak telah berada di Padang Merdeka kira-kira jam 6.30 pagi lagi sebelum acara raptai diadakan. Tuan ASP (B) Mohd. Faisal Abdullah telah mengetuai kontinjen dalam raptai tersebut.

Raptai hari kedua akan disambung esok 13 Oktober 2010, manakala raptai penuh akan diadakan pada 14 Oktober 2010.



Anggota kontinjen semasa berehat

Berehat di tepi Padang Merdeka

Friday, October 1, 2010

SKUAD 69 PDRM SARAWAK AKAN SERTAI PERBARISAN HARI JADI KE-89 TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK TAHUN INI

Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak melintas hormat perbarisan
Sempena Hari Jadi TYT Ke-87/2008, di Stadium Negeri, Kuching.

Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak sekali lagi telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menghantar sepasukan kontinjen seramai 40 orang ke upacara istiadat perbarisan dan rapat raksasa sempena sambutan Hari Jadi Ke-89 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada 16 Oktober 2010, bermula jam 7.00 pagi, di Bandaraya Kuching.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak, Tuan DSP (B) Haji Arifin Haji Adenan yang mengumumkannya selepas mengadakan mesyuarat khas ahli jawatankuasa persatuan ini pada 28 September yang lalu di Kuching.

Tuan DSP (B) Hj Arifin Hj Adenan (Kanan) mempengerusi mesyuarat khas
Skuad 69 PDRM Sarawak

Bergambar selepas mesyuarat

Tuan DSP (B) Haji Arifin Haji Adenan juga berkata bahawa Skuad 69 PDRM Sarawak tidak menjadi keberatan untuk mengambil bahagian di dalam perbarisan kali ini, kerana sememangnya semangat patriotik di kalangan ahli-ahli Skuad 69 begitu tinggi untuk menyertainya.

"Kami amat menghargai di atas undangan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang setiap tahun sejak 2007 lagi sentiasa menjemput kami untuk menghantar pasukan kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak, katanya

"Pada tahun 2007, Skuad 69 PDRM Sarawak telah menyertai perbarisan sempena Hari Kemerdekaan Ke-50 tahun di Bandaraya Miri, manakala pada tahun 2008 pula kami juga telah mengambil bahagian di dalam perbarisan Hari Kemerdekaan Ke-51 di Stadium Negeri di Kuching, seterusnya mengambil bahagian di dalam perbarisan dan rapat raksasa sempena Hari Jadi TYT pada tahun berikutnya, juga di Padang Merdeka di Kuching," ujarnya lagi.

Foto Atas & Bawah - Mesyuarat khas AJK Kecil Perbarisan Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak.

Untuk upacara istiadat perbarisan dan rapat raksasa Hari Jadi Ke089 TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak tahun ini beliau mengharapkan ahli-ahli Skuad 69 di seluruh negeri ini supaya dapat turut serta mengambil bahagian di dalam kontinjen yang bakal dibentuk nanti.

Di dalam mesyuarat khas yang diadakan itu, Tuan ASP (B) Faizal Abdullah dan Peet Awi telah dilantik menjadi Ketua dan Timbalan Ketua Jurukawad, manakala Tuan DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak sendiri akan mengetuai pasukan kontinjen ini.


Sunday, September 26, 2010

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI
SKUAD 69 MERIAH


Tetamu-tetamu yang hadir. DSP (B) Arifin Hj Adenan (Baju Batik),
Supt (B) Helmi Bohari (Di Tengah) bersama AJK Skuad 69 PDRM Sarawak.



Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak disambut meriah kelmarin. Tuan DSP (B) Hj. Arifin Hj. Adenan (Foto kiri), Timbalan Presiden persatuan ini telah mengetuai ahli-ahli Skuad 69 Sarawak merayakan aidilfitiri ini di perkarangan rumah Mohamad bin Haji Mos (Tuan Rumah), Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Skuad 69 PDRM Sarawak di Taman Sukma, Semariang, Kuching.

Semasa menyampaikan ucapan, Tuan DSP (B) Arifin Hj Adenan yang mewakili Presiden yang tidak dapat bersama di dalam majlis ini telah mengalu-alukan kehadiran ahli di majlis ramah tamah ini, kerana menurutnya ini merupakan kesempatan terbaik untuk sama-sama mengeratkan silaturrahim di dalam keluarga Skuad 69 terutama dalam suasana hari lebaran.
Justify Full

Dari kiri: DSP (B) Arifin, Mohamad Mos, Bujang dan Abd. Rahman

Bujang Boji (Kanan) bersama ahli Skuad 69

Abdul Rahman (Kanan) dan Mohamad Mos (Kiri)

Supt (B) Helmi (kiri sekali), Saili Sulaiman (Kanan sekali)

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Supt (B) Helmi Bohari mantan KPD Sarikei yang telah menunjukkan minatnya untuk menjadi ahli kepada Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak.

Beberapa orang ahli jawatankuasa persatuan ini juga turut hadir, antaranya ialah Bujang Boji Sitam (Pemangku Setiausaha), Abdul Rahman Hashim (SUK), Saili Sulaiman (Pengerusi Biro Ekonomi), ASP (B) Faisal Abdullah (AJK), Johari Keria (AJK) dan Zainab Majid (AJK Biro Kebajikan & Sosial).

Dimulakan dengan bacaan doa

Diantara ahli Skuad 69 PDRM Sarawak yang hadir

Para tetamu sedang mengambil makanan

Zainab Majid menyanyi karaoke

Sajian makanan yang disediakan