Al-Fatihah.....Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa seorang ahli Skuad 69 PDRM Sarawak SERUJI BIN IBARHIM (48451) telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari 4 Jun 2009 di rumahnya di Kota Samarahan.
(Foto - Seruji Ibrahim, di kiri sekali ketika menghadiri majlis sempena Hari Kemerdekaan 2008 yang lalu)Allahyarham Seruji Ibrahim menyertai pasukan pada 26 November 1969, dan perkhidmatan terakhirnya dengan pasukan polis ialah di Batalion 11 PGA di Batu Kawa, Kuching. Beliau telah mengalami kecacatan anggota (akibat stroke) sejak tahun 2002, dan telah bersara pada tahun 2006 yang lalu. Allahyarham Seruji meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Skuad 69 PDRM Sarawak mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Foto: DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak menyerahkan
sumbangan (kewangan) kepada bapa mertua Allahyarham Seruji Ibrahim (Tengah),
sambil disaksikan anak Allahyarham Seruji, Fida (Dua dari kiri). Turut kelihatan ialah
Mohamad Haji Mos (AJK Skuad 69) dan Zainab Majid (Kiri sekali).
No comments:
Post a Comment