KDN DICADANG PERCEPATKAN PENUBUHAN JABATAN POLIS VETERAN
Sila perhatikan keratan akhbar yang disiarkan hari ini (25 Mac) berkaitan dengan cadangan tersebut:-
Dari Kiri: Akhbar See Hua Daily, Akhbar Borneo Post
Keratan Akhbar Utusan Borneo
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
1 comment:
KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menubuhkan koperasi khusus untuk pesara skuad itu bagi meningkatkan dana dalam memelihara soal kebajikan ahlinya.
Presidennya, Hashimi Haron berkata, sehingga ini, jumlah bantuan diterima anggotanya daripada kerajaan belum mencukupi membantu meringankan beban pesara skuad itu yang kebanyakan sudah berusia dan sakit. Katanya, walaupun kerajaan menyediakan bantuan khusus untuk pesara skuad berkenaan terutama dalam aspek kesihatan, mereka perlu menanggung kos lain membabitkan aspek pengangkutan dan pembelian ubat-ubatan sampingan yang lain. “Kita akui kerajaan memang banyak memberi bantuan kepada pesara seperti kami namun ia tidak mencukupi kerana jika ditambah dengan wang pencen sekali pun, kami turut dibebani dengan faktor lain yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.
“Kebanyakan pesara skuad ini sudah berusia dan ada antaranya mengalami penyakit kritikal yang memerlukan perbelanjaan besar,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Kali Ketiga Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM di sini, kelmarin. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundur, Melaka, Datuk Ab Rahman Ab Karim, selaku Penasihat Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM. Ab Rahman kemudiannya menyampaikan bantuan berbentuk sumbangan kerusi roda, wang tunai dan hamper barangan kepada 10 pesara Skuad 69 PDRM.
Hashimi berkata, koperasi bakal ditubuhkan itu bertujuan mencari peluang perniagaan kepada pesara berdaftar bawah pertubuhan selain sebagai penggerak dalam menjana dana untuk membantu ahli yang memerlukan bantuan. “Koperasi ini bukan sekadar membantu meningkatkan hasil dana yang sudah dikumpul malah melaluinya kita akan berusaha mencari sebarang peluang perniagaan atau pemasaran bagi meningkatkan pendapatan ahli,” katanya.
Post a Comment