Wednesday, December 21, 2011

BEKAS ANGGOTA SKUAD 69 PDRM BOLEH MENJADI AHLI PERSATUAN DI SEMENANJUNG, SARAWAK DAN JUGA DI SABAH

Oleh Abdul Rahman Hashim


Kiri - DSP (B) Haji Muhamad Yusof Isa, mengetuai Persatuan ini di Sarawak dan juga Pengerusi Penaja Skuad 69 PDRM Sabah Sabah. Kanan - Beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn semasa berada di Sibu.
Dari Kiri - Logo Skuad 69 PDRM Sarawak (2006), Logo Skuad 69 PDRM Malaysia (2007) dan Logo Skuad 69 PDRM Sabah (2011)

Aktiviti Skuad 69 PDRM. Foto kiri - Skuad 69 PDRM Malaysia, Foto Kanan - Kontinjen Skuad 69 PDRM Sarawak semasa menyertai perbarisan Hari Jadi TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Sabah yang diluluskankan pendaftarannya baru-baru ini ditubuhkan semata-mata untuk menjaga kebajikan bekas-bekas anggota polis yang pernah berkhidmat dalam PDRM pada tahun 1969. Keseluruhan anggota Skuad 69 kini tidak lagi berada di dalam pasukan kerana semuanya telah menempuh era persaraan.

Presiden Penaja Persatuan ini, DSP (B) Haji Muhamad Yusof Isa berkata demikian ketika mengulas lanjut kenyataannya di dalam Utusan Borneo Edisi Sabah bertarikh 17 Disember 2011 (Lihat keratan akhbar).

Beliau juga berkata dengan tertubuhnya Persatuan ini di Sabah, maka semua bekas anggota Skuad 69 yang berada di negeri Sabah boleh menjadi ahlinya. Begitu juga mana-mana bekas anggota Skuad 69 PDRM yang bermastautin di negeri Sarawak mereka boleh menyertainya menerusi Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak yang telah ditubuhkan pada 30 Ogos 2006.

Manakala bekas-bekas anggota skuad ini yang berada dalam negeri-negeri di semenanjung, maka mereka berkenaan boleh menceburkan diri di dalam Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur.


5 comments:

Lee Leeyeowleng said...

i nak jadi ahli 69

young caesar zameer said...

Saya nak jadi skuad 69 pdrm tuan ini adalah no fon saya0162679036 nama saya zameer bin abdul gani

Jamal Mohd Sheikh Mohd said...

Saya berminat menjadi ahli persatuan kebajikan skuad 69...tapi saya orang awam

pakcik kordi said...

Salam ....nak tanya arwah ayah saya ahli persatuan kebajikan bekas anggota skuad 69 meninggal bulan Mac tahun 2016 ada tak persatuan beri khairat kematian untuk ahli...klu ada boleh beri alamatdi kuala lumpur supaya mudah saya uruskan. ..0122719838 no sy...

pakcik kordi said...

Salam ....nak tanya arwah ayah saya ahli persatuan kebajikan bekas anggota skuad 69 meninggal bulan Mac tahun 2016 ada tak persatuan beri khairat kematian untuk ahli...klu ada boleh beri alamatdi kuala lumpur supaya mudah saya uruskan. ..0122719838 no sy...