Thursday, February 4, 2010

KEBAJIKAN ANGGOTA POLIS TETAP DIJAGA - HISHAMMUDDIN


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn
Menteri Dalam Negeri

Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata skim perkhidmatan baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lepas namun tarikh pembayaran gaji mengikut skim baru itu masih belum ditetapkan.

Skim baru itu akan membolehkan mereka menikmati gaji sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Ini merupakan usaha berterusan kementerian dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, pemberian gaji sebanyak itu bersesuaian dengan perubahan daripada segi kelayakan masuk Inspektor yang telah dinaik taraf daripada kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).

Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan bagi kategori pegawai rendah polis dan konstabel, pengurusan tertinggi PDRM masih berurusan dengan pihak agensi pusat untuk memperhalusi skala gaji termasuk imbuhan tetap.

"Penolong Penguasa Polis akan mendapat gaji matriks yang baru sebanyak RM2,130 iaitu kenaikan sebanyak RM69.72 berbanding RM2,060.28 manakala gaji akhir ialah RM5,170.53 berbanding skim lama iaitu RM4,962.39 dengan kenaikan sebanyak RM208.14," katanya.

Beliau berkata anggaran pergerakan gaji bagi Inspektor dinaikkan kepada RM2,060.28 berbanding RM1,423.50 mengikut skim lama manakala gaji akhir pada RM3,710.66 telah dinaikkan kepada RM4,962.39.

"Untuk Sarjan Lantikan, kemasukan baru adalah dengan menggunakan syarat kelayakan STPM/Diploma manakala wajaran pengambilan adalah sebanyak 20 peratus dari jumlah jawatan Sarjan," katanya.

Hishammuddin berkata kategori Sarjan dan Sarjan Mejar masing-masing menerima penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu daripada P1T15 kepada P1T18 dan P1T12 kepada P1T15.

"Bagi Sub Inspektor pula, ia turut melibatkan penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu dari P1T12 kepada P1T15," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai anggaran pergerakan elaun untuk setiap kategori pegawai dan anggota, Hishammuddin berkata tiga kategori meliputi Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub Inspektor akan mendapat perubahan Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) daripada RM115 kepada RM160, melibatkan pertambahan sebanyak RM45.

"Bagi Inspektor yang telah dikategorikan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional kerana syarat kemasukan telah dinaik taraf, mereka akan menerima pertambahan ITKP sebanyak RM140 menjadikan jumlah elaun kepada RM300 berbanding RM160 sebelum ini.

"Penolong Penguasa Polis pula akan mendapat tambahan IPTK sebanyak RM50, menjadikan jumlah elaun mereka RM350 berbanding RM300 sebelum ini manakala Timbalan Penguasa Polis akan menerima pertambahan sebanyak RM100 menjadikan elaun mereka RM400 berbanding RM300," katanya.

Penguasa Polis pula akan menerima tambahan RM150 menjadikan elaun mereka berjumlah RM450 berbanding RM300 sebelum ini, katanya.

- BERNAMA

3 comments:

Hanya untuk aku said...

Sebenarnya berapa banyak Persatuan Skuad 69 ? yg ada sekarang ??

Skuad 69 yang di ketuai oleh SM(B) Hasimi di KL pun Skuad 69 ??

Di Serawak dan Perak, Ketuai oleh DSP(B) Muhamad Yusof ?

Harap Dapat Penjelasan tetang kekeliruan ini.

Hanya untuk aku said...

Penjelasan yang tidak menjurus kepada matlamat penubuhan Skuad 69,
sila amati kenyataan di bawah ianya lebih kepada pekara2 personal, masih banyak lagi angguta Skuad 69 yang mempunyai pengalaman,

http://www.youtube.com/watch?v=pNjcmBo9QPc&feature=player_embedded

Kekeliruan masih belum di jawab yang mana satu persatuan Skaud 69 yang releven ? pimpinan DSP(B) Mohammad Yusof Mat Isa atau SM(B) Hashimi ????

Anonymous said...

Pihak tuan masih belum membuat penjelasan mengenai pertanyaan perbezaan Persatuan Skuad69 PDRM Serawak dengan Persatuan Skuad 69 pimpinan SI(B) bersara Hasimi yang mendakwa bahawa beliau adalah Persatuan Kebajikan Skuad 69 Seluruh Malaysia ? dulu nya begitu bersemangat kini hambarm ramai para ahli ahli dan bekas Skuad 69 merasa keliru dengan apa kah yang telah berlaku di samping ingin mengetahui kedudukan sebenar tentang pertindihan ini ? Bagaimana dulunya DSP(B) Mohammad Yusof yang menjadi presiden Skuad 69 secara tiba bertukar kerusi dan kini menjadi Presiden Skuad 69 Serawak dan juga menerajui beberapa Cawangan Skuad 69 di Perak dsb nya.

Pada 15 hb Mac 2010 jam 0830 pagi TV3 telah menyiarkan temu bual bersama SUB(B) Husini yang mendakwa bahawa beliau adalah presiden Skuad 69 sekarang hanya mampu mengumpulkan seramai 400 orang keahlian yang berdaftar sejauh ini . Dalam wawancaea itu juga dengan jelas beliau menyeru para pesara Skuad 69 Seluruh Malaysia termasuk Sabah serawak supaya mendaftar dengan persatuan di bawah kepimpinan nya. Disamping itu beliau mendakwa telah menjelajah seluruh malaysia untuk bersama para ahli yang mendaftar atau pun tidak untuk memberi bantuan...???

Kepada DSP(B) Mohammad Yusof pihak tuan di perhatikan lebih menyerlah dengan menyediakan blog atas nama Skuad 69 Sabah & Serawak .sila jelas kan kedudukan sebenarnya pekara ini..!!!