SKUAD 69 TURUT BANTU GERAK KERJA PILIHAN RAYA KECIL P.212 SIBU
Makan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM dan Dato' Amar Abang Johari Tun Abang Hj Openg di RH Hotel.
Bersama Dato' Amar Abang Johari Tun Abg Hj Openg Menteri Perumahan Sarawak.
Gambar kenangan blogger dan wakil media bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri.
Keaadaan Rumah Panjang Juan
Sambutan murid-murid sekolah Rumah Panjang Juan
Sejurus sampai di Rumah Panjang Juan
Antara yang menyokong DAP
Sejurus sampai di Jeti Rumah Panjang Juan
Kami disambut dengan gadis-gadis Iban
Kanak-Kanak Iban Rumah Panjang Juan
DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak sempat berjumpa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn Menteri Dalam Negeri di Hotel RH Sibu
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri bergambar kenangan bersama Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak DSP (B) Muhamad Yusof Isa (Dua dari kiri)dan blogger terkemuka tanahair terdiri daripada Roslan Bian (Kiri sekali) dari agendadaily, Zaharin Yasin @ Sangkelembai (Dua dari kanan)
Bersama Datuk Awang Bemee Ali Basah, ADUN Nangka (Duduk tiga dari kiri). DSP (B) Muhamad Yusof Isa (Dua dari kiri). Pertemuan di majlis dialog warga pendidik bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
DSP (B) Muhamad Yusof Isa (Duduk di tengah) bersama rombongan Kelab Sukan & Rekreasi Wargakota Kuala Lumpur yang turut serta dalam majlis 'Sepetang Bersama Skuad 69 PDRM Sarawak' pada 10 Mei 2010, di Hotel Paramount, Sibu.
DSP (B) Muhamad Yusof Isa sedang berucap di dalam majlis Sepetang Bersama Skuad 69 PDRM Sarawak, 10 Mei 2010.
Suasana majlis Sepetang Bersama Skuad 69 PDRM Sarawak. Kelihatan Stanley Ak Manggi dan Sakai Ak Chulat di meja hadapan.
Di Rumah Panjang Juan.
Thursday, March 25, 2010
KDN DICADANG PERCEPATKAN PENUBUHAN JABATAN POLIS VETERAN
Sila perhatikan keratan akhbar yang disiarkan hari ini (25 Mac) berkaitan dengan cadangan tersebut:-
Dari Kiri: Akhbar See Hua Daily, Akhbar Borneo Post
Keratan Akhbar Utusan Borneo
Wednesday, March 24, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-203
Berikut ini ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh DSP (B) Muhamad Yusof Isa, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak sempena menyambut Hari Ulangtahun Ke-203 Polis Diraja Malaysia yang dirayakan esok, 25 Mac 2010. PDRM KE-203 TAHUN (1807 - 2010)
Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-203 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan merayakannya pada 25 Mac 2010 ini.
2.Walaupun lebih daripada 5,000 anggota Skuad 69 PDRM tidak lagi berada di dalam pasukan, namun kami turut terpanggil untuk menyatakan kebanggaan di atas tahap kecemerlangan pasukan polis Negara ini sejak ia ditubuhkan pada tahun 1807 hingga kini.
3.Di tahap usia 203 tahun, tentunya PDRM telah melangkah jauh untuk menjadi sebuah pasukan keselamatan yang lebih perkasa dengan jumlah keanggotaannya yang kini mencecah 102,037 pegawai dan kakitangan di seluruh Negara.
4.Sejumlah 98,747 anggota dan para pegawai PDRM di seluruh Negara juga bakal menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan juga kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2009.
5.Walaupun tarikh pembayarannya masih belum ditetapkan namun Ini merupakan usaha berterusan pihak kerajaan dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di seluruh Negara.
6.Dalam pada itu, kami juga mengharapkan agar pihak Kementerian Dalam Negeri dapat segera mewujudkan bahagian veteran (bekas Polis) yang bertaraf jabatan supaya masalah kebajikan bekas-bekas anggota pasukan polis dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
7.Selama ini bekas-bekas anggota pasukan polis hanya dapat bersandar kepada beberapa persatuan yang sedia ada termasuk Persatuan Kebajikan Skuad 69 PDRM Sarawak. Dengan adanya sebuah jabatan khas yang bertanggungjawab terhadap kebajikan bekas-bekas anggota ini maka dapatlah persatuan-persatuan seumpama ini bergerak dengan lebih terancang dengan mendapat sokongan oleh pihak berkuasa.
8.Keazaman pasukan polis untuk menurunkan kadar kes jenayah di seluruh Negara juga kelihatan menampakkan kejayaannya kerana statistik pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 209,417 kes jenayah yang berlaku, berbanding sebanyak 211,645 kes pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2008. Penurunan sebanyak 2,228 kes merupakan tahap kejayaan yang patut diberikan penghargaan kepada PDRM.
9.Kami mengharapkan supaya PDRM terus diperkasakan walaupun banyak cabaran yang dihadapi menjelang usianya yang ke-203 pada 25 Mac ini. Sebagai sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh bekas-bekas pejuang di dalam Skuad 69 PDRM, kami akan tetap berdiri teguh mempertahankan maruah pasukan polis di kaca mata rakyat.
10.Sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat di Negara ini, kami juga berjanji akan meneruskan semangat ‘espirit de corp’ untuk bekerjasama dengan pasukan polis dalam usaha memerangi jenayah di kalangan masyarakat. Kami berpendapat usaha membanteras jenayah tidak hanya terletak di bahu pasukan polis, malah anggota masyarakat juga mempunyai peranan untuk mewujudkan suasana yang kondusif tanpa jenayah.
11.Untuk mencapai tujuan itu, Skuad 69 PDRM Sarawak sedang berusaha untuk menubuhkan ‘Kor Keselamatan Komuniti 69’ di setiap lokaliti dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sarawak.
12.Kami sedang mengadakan perundingan dengan beberapa pihak yang bakal menjadi ‘Rakan Penaja’ untuk mempastikan kor ini dapat berjalan dengan penglibatan semua pihak dari peringkat komuniti hinggalah di peringkat sektor kerajaan. Kami amat berterima kasih di atas sokongan dan juga tahap kerjasama yang telah diberikan oleh pelbagai pihak selama ini kepada Skuad 69 PDRM Sarawak.
KENAPA HARUS ADA YANG MENGGANGGU URUSAN PDRM?
oleh Abdul Rahman Hashim
Sehari dua ini agak tergamam juga saya apabila mengikuti kegelisahan yang dipaparkan oleh IG Tan Sri Musa Hassan yang 'terhidu' dengan apa yang didakwanya sebagai campur tangan pihak ketiga yang cuba mencampuri urusan PDRM yang beliau pimpin sekarang ini.
Tanpa menyebutkan nama pihak yang terbabit itu, Tan Sri Musa Hassan menyatakan bahawa terdapat arahan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu kepada pegawai bawahannya tanpa pengetahuan pengurusan atasan.
Menurutnya trend seumpama ini menyalahi 'Seksyen 4 Akta Polis 1957' yang menegaskan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN dan bukannya pihak lain.
Mengulas isu ini, Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak DSP (B) Muhamad Yusof Isa(Foto di atas) berkata bahawa kekecewaan yang ditunjukkan oleh KPN itu haruslah diambil ingatan oleh semua pihak yang terbabit di dalam PDRM.
Menurutnya, jika benar apa yang didakwa oleh KPN itu berlaku, maka sewajarnya pihak Bukit Aman mengeluarkan arahan segera kepada semua peringkat di dalam pengurusan PDRM supaya tidak menjadikan PDRM sebagai batu loncatan kepada pihak yang berkepentingan politik.
Muhamad Yusof juga berkata selama ini memang rakyat sedang memerhatikan ketelusan dan integriti pasukan Polis kita, terutama yang membabitkan kes-kes jenayah yang perlukan pemantauan dan tindakan pantas pihak Polis.
"Saranan KPN itu hendaknya disematkan oleh semua pegawai yang terbabit, bukan sahaja di peringkat kontinjen dan daerah, malah pengurusan di peringkat Bukit Aman juga hendaklah menjaga imej PDRM supaya tidak di cucuk hidung, tegasnya lagi.
Muhamad Yusof juga meminta agar semua lapisan masyarakat di negara ini tidak memandang serong terhadap kewibawaan pasukan polis yang sentiasa bersiap siaga untuk mengawal keselamatan negara, terutama yang membabitkan kes jenayah.
Rakyat haruslah bijak untuk mempastikan keamanan negara terus terpelihara dengan memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan keselamatan, terutamanya kepada pasukan polis.
Sempena dengan sambutan Hari Polis yang jatuh pada tanggal 25 Mac ini, Skuad 69 PDRM Sarawak turut berbangga dengan pencapaian PDRM selama ini. Banyak cabaran dan onak yang telah direntasi oleh pasukan polis, namun berbekalkan dengan semangat 'espirit de corp', PDRM kelihatannya terus diperkasa dan tetap unggul!
Tuesday, March 23, 2010
KADAR KES JENAYAH SELURUH NEGARA 2005 - 2009
Dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Timbalan Menteri, Abu Seman Yusop mengeluarkan statistik berikut :-
Jumlah kes jenayah seluruh negara:-
Tahun 2005 - 157,365 kes Tahun 2006 - 186,453 kes Tahun 2007 - 214,294 kes Tahun 2008 - 211,645 kes Tahun 2009 - 209,417 kes
Sunday, March 21, 2010
MUSA HASSAN: SEMACAM ADA TEKANAN KEPADA PASUKAN POLIS?
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kebelakangan ini "semacam ada tekanan kepada pasukan polis, sama ada dari pihak politik atau orang-orang tertentu".
Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.
"Jadi, ada juga arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahan saya tanpa pengetahuan pengurusan atasan," kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.
"Bagi saya, ini merupakan satu trend yang salah kerana dalam pasukan polis, terdapat perintah dan kawalan.
"Yang hanya boleh memberi arahan adalah KPN kalau ikut undang-undang," katanya sambil menegaskan bahawa Seksyen 4 Akta Polis 1957 mengatakan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN.
"Maka kalau ada mereka yang cuba campurtangan, ini boleh merosakkan polis. Kerana pada masa itu, anggota akan merasa serba salah kerana terdapat autoriti lain yang memberi arahan kepada mereka," tegasnya.
Musa menjelaskan, kalau ada seorang ketua yang memberi arahan, maka ketua berkenaan akan bertanggungjawab terhadap arahan itu.
"Dalam polis, jika ketua memberi arahan yang salah, maka dia perlu bertanggungjawab terhadap arahan itu," katanya sambil menambah bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.
"Tetapi jika orang ketiga yang memberi arahan dan kita tidak tahu siapa mereka, kemudiannya pegawai pula menjalankan kerja yang salah, jadi pegawai saya yang akan menjadi mangsa.
"Ini kerana kesalahan yang dilakukan, mengikut arahan yang tidak sepatutnya. Jika orang yang memberi arahan kemudiannya nafi memberi arahan tersebut, maka ia akan merosakkan pasukan polis," tegas Musa lagi.
Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara sedemikian perlu dihentikan kerana pentadbiran kepolisian dan segala tindakan dan operasi dijalankan adalah di bawah bidang kuasa KPN dan pegawai atasan yang mengendalikan operasi berkenaan.Ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya, Musa berkata beliau hairan dan terkejut kenapa berita itu boleh keluar.
"Benda yang saya tidak buat, kata saya buat. Ini seolah-olah macam hendak mempercepatkan pemergian saya dari jawatan ini.
"Kita pun tahu bila hendak pergi, jadi tidak perlulah suruh dipercepatkan.
"Tapi kalau seseorang itu mahu mempercepatkan(nya), saya kena dapat arahan dari kerajaan untuk bersara awal.
"Jika demikian saya akan bersaralah. Itu yang saya boleh cakap tapi sekarang ini di pihak kerajaan tidak ada apa-apa yang berlaku," tambahnya.
Musa juga ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan terdapat menteri yang tidak berapa sebulu dengan beliau.
"Itu saya tidak tahu. Saya hanya menjalankan tugas saya sama ada orang suka atau tidak selesa dengan cara saya menjalankan tugas, saya tidak tahu," jawabnya.
Ditanya sama ada isu tersebut akan memberi kesan kepada PDRM, Musa berkata: "Saya rasa begitulah".
"Kalau dilihat apabila seorang ketua boleh diperkotak-katikkan sebegini rupa, maka anggota bawahan akan turut merasa begitu," kata beliau sambil menambah, ada yang menghantar SMS bertanyakan kenapa jadi begitu.
"Saya pun tidak tahu nak jawab. Jadi saya suruh anggota saya bersabar. Saya pun faham, saya akan pencen pada bulan September ini," tambahnya.
Thursday, February 4, 2010
KEBAJIKAN ANGGOTA POLIS TETAP DIJAGA - HISHAMMUDDIN
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn Menteri Dalam Negeri
Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata skim perkhidmatan baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lepas namun tarikh pembayaran gaji mengikut skim baru itu masih belum ditetapkan.
Skim baru itu akan membolehkan mereka menikmati gaji sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
"Ini merupakan usaha berterusan kementerian dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di seluruh negara," katanya.
Menurut beliau, pemberian gaji sebanyak itu bersesuaian dengan perubahan daripada segi kelayakan masuk Inspektor yang telah dinaik taraf daripada kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).
Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan bagi kategori pegawai rendah polis dan konstabel, pengurusan tertinggi PDRM masih berurusan dengan pihak agensi pusat untuk memperhalusi skala gaji termasuk imbuhan tetap.
"Penolong Penguasa Polis akan mendapat gaji matriks yang baru sebanyak RM2,130 iaitu kenaikan sebanyak RM69.72 berbanding RM2,060.28 manakala gaji akhir ialah RM5,170.53 berbanding skim lama iaitu RM4,962.39 dengan kenaikan sebanyak RM208.14," katanya.
Beliau berkata anggaran pergerakan gaji bagi Inspektor dinaikkan kepada RM2,060.28 berbanding RM1,423.50 mengikut skim lama manakala gaji akhir pada RM3,710.66 telah dinaikkan kepada RM4,962.39.
"Untuk Sarjan Lantikan, kemasukan baru adalah dengan menggunakan syarat kelayakan STPM/Diploma manakala wajaran pengambilan adalah sebanyak 20 peratus dari jumlah jawatan Sarjan," katanya.
Hishammuddin berkata kategori Sarjan dan Sarjan Mejar masing-masing menerima penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu daripada P1T15 kepada P1T18 dan P1T12 kepada P1T15.
"Bagi Sub Inspektor pula, ia turut melibatkan penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu dari P1T12 kepada P1T15," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai anggaran pergerakan elaun untuk setiap kategori pegawai dan anggota, Hishammuddin berkata tiga kategori meliputi Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub Inspektor akan mendapat perubahan Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) daripada RM115 kepada RM160, melibatkan pertambahan sebanyak RM45.
"Bagi Inspektor yang telah dikategorikan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional kerana syarat kemasukan telah dinaik taraf, mereka akan menerima pertambahan ITKP sebanyak RM140 menjadikan jumlah elaun kepada RM300 berbanding RM160 sebelum ini.
"Penolong Penguasa Polis pula akan mendapat tambahan IPTK sebanyak RM50, menjadikan jumlah elaun mereka RM350 berbanding RM300 sebelum ini manakala Timbalan Penguasa Polis akan menerima pertambahan sebanyak RM100 menjadikan elaun mereka RM400 berbanding RM300," katanya.
Penguasa Polis pula akan menerima tambahan RM150 menjadikan elaun mereka berjumlah RM450 berbanding RM300 sebelum ini, katanya.
Skuad 69 PDRM Sarawak merupakan anggota polis yang mula berkhidmat di dalam PDRM pada tahun 1969. Seramai lebih 5 ribu anggota telah diterima masuk (Rekrut) pada tahun berkenaan, dan sebahagian besar mereka ini telah diserapkan di dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) sebagai 'Mata-Mata'. Tugas utama mereka pada masa itu ialah untuk dihantar menyertai pelbagai operasi memburu pengganas komunis di perbatasan tanahair, termasuk di bumi kenyalang, Sarawak. Hari ini kesemua mereka telah meninggalkan pasukan (bersara), dan anisiatif telah diambil untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan PERSATUAN KEBAJIKAN SKUAD 69 PDRM SARAWAK. Persatuan ini telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No. Pendaftarannya 1199-06-SWK.
Kenangan bersama Dato' Mohmad Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak pada Februari 2008. Abdul Rahman Hashim, SUK Skuad 69 menyerahkan profil Persatuan.
KONTINJEN SKUAD 69 DI MIRI
Mengambil Bahagian Perbarisan Hari Merdeka 2007 di Miri.
KUNJUNGAN DI IPD BINTULU
Presiden Skuad 69 (Kiri) bersama KPD Bintulu, Supt. Sulaiman Abd. Razak.
BERSAMA KPD MIRI
23 Julai 2007, KPD Miri Supt. Abg Abdillah (Duduk di tengah)
BERSAMA ADUN PUJUT DI MIRI
Presiden menyerah topi Skuad 69 kepada Supt.Abg Mahmuddin Abg Rabaeii, CO Batalion 12 PGA Miri, disaksikan oleh YB Andy Chia Chu Fatt Adun Pujut.
SKUAD 69 BERSAMA YB SHARIFAH HASIDAH
YB Sharifah Hasidah ADUN Samariang bersama Presiden (Kiri) dan Tim. Presiden (Kanan)
KONTINJEN SKUAD 69 DI KUCHING
30 Ogos 2008 - Gambar Kenangan Kontinjen Skuad 69 sempena Hari Kemerdekaan Ke-51 2008 di Kuching.
PERJANJIAN SRI AMAN
Bong Kee Chok Pengarah Komisar Politik PARAKU kembali ke pangkuan masyarakat.
WIRA 69
ASP Mohd. Zabri Abdul Hamid. Beliau terkorban pada 3 September 1975 akibat terpijak jerangkap samar pengganas komunis di dalam satu ops di Grik, Perak.
Pemuda meminati gerakan PKM
-
Hari ini saya dikunjungi oleh dua orang pemuda dari NS yang berminat
tentang gerakan politik kiri, termasuk gerakan komunis.
Salah seorang daripada mereka ...
-
*1.KORELASI SEDERHANA*
X1 = ORIENTASI PEMBELAJARAN SISWA DAN SISWI MAN TANJUNGBALAI
X2 = KEMAMPUAN PENALARAN SISWA DAN SISWI MAN TANJUNGBALAI
Y = KETERAM...